04 December, 2012

1208

Jumaat lepas , kami sekeluarga ke Muar.
Hantar anak anak dara ke sana untuk kelas tambahan.
Jauh nooorrrr hantar anak .

Bukan apa , kelas tambahan kat sana tu lebih murah.
Dan yang paling penting , depan umah adik jer.
So ,tak susah susah cari pengangkutan. Menapak jer.

Tiap kali menggunakan Highway Plus ke Selatan ,
mesti jumpa papan tanda nie.
Dan tiap kali jumpa papan iklan ni , mesti pB tertanya tanya
'apa motif iklan nie... tak faham wehhhhh'


Apa kaitan wanita ni dengan kabel?
Apa hal lah pulak pakai baju singkat nampak pusat .. kaitannya di mana?
Mahalnya tang mana ??





Ingat kan pB jer yang tak dapat nak tangkap makna iklan nie , rupanya ramai lagi.
Cuba gugel ....
Banyak entry pasal iklan nie ....

13 comments:

Yunus Badawi said...

Mungkin mereka nak kata kabel mereka leibh bagus daripada yg lain. Sebab itu harganya lebih mahal

Irfa said...

eh tak perasan pulak..nanti saya akan tgk ;)

Dr K said...

hahahaha..saya pun tertanya tanya soalan yg sama!

naniasda said...

Di Kelate ni xleh nok tgk iklan lagu ni...seksi meksi tu!

pB said...

tapi kenapa letak gambar pompuan yang nampak pusatnya ???

pB said...

jangae tenung lamo lamo , dosaaaaaaaaa

pB said...

Tak faham sungguh ...
di mana kaitannya ...

pB said...

Kak Yah ,

kalu di KB , tok sempat nok naik sebab MBKB tok lulus ...

Kakzakie Purvit said...

naniasda... itulah sebabnya kakak suka Kelantan walau kakak duduk Johor.

Entahlah pB perempuan juga dijadikan alat. Kakak pun hairan juga..

shafarina said...

Hihi saya pun masa first time tgk billboard tu pelik.

Mahal sampai nampak pusat ehh

Aziela said...

Ha...betul..betul. Tertanya2 juga.

azieazah said...

Nak dapatkan pompuan langsing tayang pusat, memang kene bayar kabel yang mahal. Pompuan camni bukan boleh dapat kat pasar malam. hehehe memandai jer saya.

Mulan said...

dah perasan lama... takde rasa excited pon dgn iklan ni sbb model & maksud jauh sekali..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...